Tarikh Program | 22-02-2025 |
22 Februari 2025, Perlis - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Kembara RT Progresif KRT Sempering.
KRT ini terkenal dengan cetusan idea “One Stop Centre” yang menempatkan booth menjual hasil produk komuniti KRT Sempering dan produk-produk tempatan serta kaunter untuk urusan pembayaran bil.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.