| Tarikh Program | 14-10-2025 |
14 Oktober 2025, Putrajaya - Pusat Sumber Kementerian Perpaduan Negara telah berkolaborasi dengan Perpustakaan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Perpustakaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi menjayakan Kempen Jom Baca 10 Minit Bersempena Karnival Baca Perdana 2025.
Kempen ini bertujuan menggalakkan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga, memperkukuh amalan membaca secara inklusif, serta memartabatkan pembacaan sebagai asas pembinaan negara bangsa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Kempen ini akan diadakan sebanyak empat kali di empat lokasi berbeza dan siri pertama telah diadakan di Pusat Sumber KPN pada 14 Oktober 2025.