| Tarikh Program | 26-10-2025 |
26 Oktober 2025, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara mewakili Kerajaan Malaysia telah menyambut ketibaan Tuan Yang Terutama Anthony Albanese, Perdana Menteri Australia.
Beliau akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-20 yang dijadualkan esok, sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Selain itu, beliau turut dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ke-5 esok dan Sidang Kemuncak ASEAN-Australia ke-5 pada Selasa.