Tarikh Program | 17-07-2025 |
17 Julai 2025, Pulau Pinang - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Kick-Off Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang.
Kebersamaan dalam pelbagai aktiviti sosial dan interaksi yang aktif merentasi kaum dan generasi dapat merapatkan jurang yang wujud dan membentuk rakyat Malaysia yang memahami, menerima dan menghormati kepelbagaian yang wujud di negara ini.
Sambutan Minggu Perpaduan adalah inisiatif yang menyokong kepada aspirasi Malaysia MADANI oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan mewujudkan Kerangka Membangun Malaysia MADANI. Kerangka tersebut dibangunkan menerusi konsep perpaduan dalam kepelbagaian bagi menyusun agenda perpaduan berpandukan Dasar Perpaduan Negara.
Turut hadir, YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.