| Tarikh Program | 18-08-2024 |
18 Ogos 2024, Putrajaya - KLSCCCI Merdeka Foodie Run telah dirasmikan oleh YB Senator Puan Saraswathy a/p Kandasamy, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, bagi pihak YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara bertempat di Anjung Floria, Putrajaya.
Program hari ini turut diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 tahun yang akan tiba tidak lama lagi. Merdeka Foodie Run bukan sekadar satu aktiviti sukan biasa tetapi juga merupakan salah satu platform signifikan untuk menggalakkan semangat perpaduan di negara ini terus subur.