| Tarikh Program | 17-11-2025 |
17 November 2025, Kuala Lumpur - Gabungan Persatuan Kaligrafi Malaysia turut berjumpa dengan YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hari ini bagi membincangkan potensi kerjasama strategik bersama Kementerian.
Tahun ini, buat pertama kali, Kementerian melalui Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan Festival Kaligrafi Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Sabah, yang menerima sambutan luar biasa daripada masyarakat pelbagai kaum dan latar.
Kaligrafi adalah satu warisan seni yang agung, sebuah seni halus yang memperlihatkan keindahan tulisan, memperkukuh jalinan budaya, menyatukan masyarakat serta memupuk rasa hormat dan penghargaan antara komuniti.
Kementerian amat mengalu-alukan lebih banyak usaha kerjasama untuk memastikan seni kaligrafi terus dipelihara, diperkasa dan diwariskan kepada generasi muda.