| Tarikh Program | 17-11-2025 |
17 November 2025, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan, Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE).
Institut ini telah banyak memainkan peranan penting dalam menyediakan kajian, analisis dasar serta input strategik yang membantu memperkukuh pembangunan sosial, ekonomi dan perpaduan rakyat.
Kementerian sentiasa komited untuk meneruskan kerjasama erat dengan pelbagai pihak, termasuk Institut Darul Ehsan, demi memastikan dasar serta inisiatif kerajaan dapat digerakkan secara lebih berkesan untuk manfaat seluruh rakyat.