Tarikh Program | 05-12-2024 |
5 Disember 2024, Putrajaya - Kunjungan hormat daripada Yang Mulia Raja Dato' Nushirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN), Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada YBhg. Datuk Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah diadakan pada 5 Disember 2024. Kunjungan hormat ini adalah bagi membuka ruang kerjasama dua hala dalam bidang keselamatan.