| Tarikh Program | 23-01-2026 |
23 Januari 2026, Putrajaya - YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Zheng Xuefang, Menteri Kedutaan China di Malaysia.
Perbincangan turut menyentuh Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dan kerjasama lebih erat dalam aspek memperkukuh perpaduan nasional dan kerjasama dua hala antara China dan Malaysia.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sentiasa komited dalam meneroka potensi kerjasama strategik pelbagai bidang dan mengajak semua pihak berganding bahu dalam usaha memperkukuh perpaduan sosial secara menyeluruh di peringkat antarabangsa.