Tarikh Program | 03-07-2025 |
3 Julai 2025, Putrajaya – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Persatuan Muhibah Anak Bangsa Malaysia yang begitu komited memperjuangkan agenda perpaduan dan kesejahteraan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai peranan pertubuhan masyarakat sivil dalam memperkukuh integrasi nasional, khususnya melalui program kesukarelawanan, pendidikan sivik, serta dialog antara komuniti.
YB Menteri turut mengalu-alukan usaha murni persatuan dalam merapatkan jurang perbezaan dan memupuk nilai saling menghormati sesama rakyat Malaysia.