Tarikh Program | 14-08-2025 |
14 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Kunjungan hormat kepada YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara daripada YBrs. Encik Mohamed Naim bin Kasin, Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik antara Kementerian Perpaduan Negara dan MAYC dalam penganjuran pelbagai program serta acara yang berfokus kepada usaha memperkasakan perpaduan.
MAYC menghimpunkan 539 kelab belia di seluruh negara (kecuali Sabah dan Sarawak) dengan keanggotaan daripada pelbagai suku etnik termasuk belia Orang Asli dan Siam yang mencerminkan semangat kepelbagaian sebagai kekuatan Malaysia.