SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Kunjungan Hormat daripada Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM kepada Menteri Perpaduan Negara

Kunjungan Hormat daripada Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM kepada Menteri Perpaduan Negara

Maklumat Program

Tarikh Program 01-07-2025
WhatsApp Image 2025 07 01 At 223325

1 Julai 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM.

Sebagai alumni Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perhutanan (1983), pertemuan ini amat bermakna buat beliau secara peribadi.

Pertemuan ini memberi ruang membincangkan potensi kolaborasi strategik antara Kementerian Perpaduan Negara dan UPM, khususnya dalam memperkasa pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa.

Usaha ini selari dengan aspirasi negara untuk membentuk generasi muda yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga berjiwa patriotik, berpemikiran terbuka, serta mampu menjadi ejen perpaduan di lapangan masing-masing.

UPM tetap dekat di hati YB Menteri dan beliau amat bangga melihat universiti ini terus maju sebagai sebuah institusi unggul yang melahirkan pemimpin masa depan negara.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet