Tarikh Program | 21-08-2025 |
21 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara daripada TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Turkiye bagi membincangkan mengenai kerjasama antara Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perpaduan Negara bersama Kerajaan Turkiye dalam bidang permuziuman, kearkiban dan perpustakaan.
Hal ini secara tidak langsung mengeratkan persefahaman antara kedua-dua negara, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama dua hala yang sedia terjalin ke arah mencapai pembangunan bersama, kestabilan serantau dan kesejahteraan yang lebih mampan