Kunjungan Hormat daripada YB Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka
Maklumat Program
Tarikh Program |
08-08-2023 |
8 Ogos 2023, Putrajaya -Kementerian Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada YB Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka ke Pejabat YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Perbincangan yang berlangsung dalam suasana cukup muhibah ini mencakupi hal-hal yang berkenaan pengukuhkan integrasi nasional serta kerjasama bagi melestarikan Perpaduan dalam Kepelbagaian menerusi program-program yang bakal dilaksanakan.
Semoga hubungan dua hala antara
Kementerian Perpaduan Negara dan kerajaan negeri Melaka ini dapat membentuk kerjasama strategik yang berkesan demi memanfaatkan masyarakat dan memelihara keharmonian.
Turut hadir, YBrs. Encik Mohd Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha KPN dan YBrs. Puan Intan Suhanna binti Yusuff, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka.