SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Kunjungan Hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara

Kunjungan Hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara

Maklumat Program

Tarikh Program 04-12-2024
WhatsApp Image 2024 12 04 At 164015

4 Disember 2024, Putrajaya - Kunjungan hormat ini adalah susulan pelantikan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yang baharu serta lanjutan daripada sesi kunjungan hormat yang telah diadakan oleh beliau kepada YB Menteri Perpaduan Negara pada Julai 2024.

Dalam sesi tersebut, TYT Edgard D. Kagan, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia telah menyatakan minat terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Malaysia dalam mempromosikan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbeza agama, bangsa dan budaya.

YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian turut menerangkan inisiatif-inisiatif utama Kementerian yang sentiasa menekankan kepada konsep asas integrasi iaitu “Faham, Hormat dan Terima”.

Turut dibincangkan adalah berhubung beberapa kerjasama yang boleh diadakan antara Malaysia dan Amerika Syarikat merangkumi bidang permuziuman, perpustakaan dan arkib terutamanya yang melibatkan people-to-people ties.

Sesi kunjungan hormat ini turut disertai oleh Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan para pegawai kanan Kementerian.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet