| Tarikh Program | 20-02-2026 |
20 Februari 2026, Sabah - YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Kunjungan ini menjadi platform penting untuk mempererat hubungan dua hala serta memperkukuh sinergi dalam menjayakan agenda perpaduan nasional, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai pelaksanaan program-program perpaduan, pengukuhan integrasi sosial, pemerkasaan komuniti setempat serta mempelajari pendekatan inklusif Kerajaan Negeri Sabah dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni di Sabah.
Kerjasama strategik antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri perlu sentiasa diperkukuh bagi memastikan setiap inisiatif yang dirangka dapat dilaksanakan secara menyeluruh, berimpak tinggi dan berterusan.