Tarikh Program | 24-02-2025 |
24 Februari 2025, Pulau Pinang - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YB Dato’ Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sesi ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pelaksanaan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang akan diadakan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada bulan Julai 2025. YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan komitmen untuk bekerjasama dalam menjayakan Sambutan Minggu Perpaduan ini.
Lawatan ke tapak Sambutan Minggu Perpaduan di Stadium Batu Kawan turut diadakan bagi melihat kesesuaian tapak dan cadangan pengisian sepanjang hari Sambutan Minggu Perpaduan.
Turut hadir bersama Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.