Tarikh Program | 07-09-2023 |
07 September 2023, Putrajaya -Kementerian Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dan delegasi mereka. Kunjungan Hormat ini telah disambut oleh YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha KPN.Dalam perbincangan yang diadakan, i-LEAD menyokong usaha Kementerian dalam penganjuran Program Eksplorasi Rukun Negara yang diadakan pada 12 dan 13 Ogos yang lalu. Mereka berminat dalam meluaskan jaringan kerjasama bersama dengan Kementerian Perpaduan Negara.