| Tarikh Program | 31-03-2026 |
31 Mac 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan sesi perbincangan bersama Bishop Dr.T Jeyakumar Timbalan Presiden, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism dan Taoism (MCCBCHST).
Pertemuan telah diadakan untuk membincangkan isu semasa termasuk berkaitan rumah ibadat bukan Islam dengan fokus utama kepada kepentingan menjaga keharmonian masyarakat.
MCCBCHST menyatakan sokongan terhadap undang-undang sedia ada, sambil berharap pelaksanaan penguatkuasaan dapat dibuat secara lebih berhemah, berunding dan sensitif demi mengelakkan keresahan dalam kalangan rakyat.
Sehubungan itu, dicadangkan agar diwujudkan titik imbang libat urus yang lebih diplomatik antara pihak berkuasa dan badan agama supaya setiap isu dapat ditangani secara inklusif dan terus memelihara perpaduan di peringkat nasional.