| Tarikh Program | 28-04-2026 |
28 April 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi mengadakan perbincangan berhubung usaha memperkukuh kerjasama strategik antara kementerian dan YADIM.
Pertemuan ini memberi penekanan kepada kepentingan memelihara keharmonian antara penganut agama melalui pendekatan dialog yang berterusan, berhemah dan inklusif. Inisiatif memperkasa dialog antara agama akan terus diperkukuh sebagai asas dalam membina persefahaman, menyemai rasa saling hormat serta memperteguh perpaduan negara.