Kunjungan Hormat YB Menteri Pepaduan Ke Atas YAB Menteri Besar Johor
Maklumat Program
Tarikh Program |
04-07-2022 |
4 Julai 2022, Johor - Hari ini YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bersama pihak pengurusan tertinggi Kementerian Perpaduan Negara membuat kunjung hormat kepada YAB Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz Ghazi di Kota Iskandar, Johor Bahru, Johor.
Melalui pertemuan ini pelbagai perkara dibincangkan khususnya usaha-usaha dalam mengukuhkan lagi hubunganl antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
YB Menteri Perpaduan Negara telah menyampaikan Mock Cheque daripada Kementerian Perpaduan Negara kepada Kerajaan Negeri bernilai RM10 juta bagi geran pembangunan Kampung Baru Cina untuk 124 buah kampung di negeri Johor.
Disusuli dengan penyampaian Mock Cheque bernilai RM1 juta bagi geran Rumah Ibadat Selain Islam (RISI).
Turut hadir ialah YB Tuan Ling Tian Soon, EXCO Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, YBhg Tan Sri Dato' Dr Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YBhg Dato’ Indera Noridah Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, dan Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.