Kunjungan Hormat YB Menteri Perpaduan ke atas Menteri Besar Pahang
Maklumat Program
Tarikh Program |
07-07-2022 |
7 Julai 2022, Pahang - Kunjungan hormat Kementerian Perpaduan Negara kepada Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail di Kuantan hari ini.
Melalui pertemuan ini pelbagai perkara dibincangkan khususnya dalam konteks Kementerian Perpaduan Negara dan juga usaha dalam mengukuhkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
Turut hadir ialah YB Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, EXCO Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato' Indera Nazri Bin Abu Bakar, Pegawai Kewangan Negeri, Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YH Dato' Raziha Adzharuddin, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Negeri Pahang.