Kunjungan Hormat YB Menteri Perpaduan kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizzudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis
Maklumat Program
Tarikh Program |
09-01-2023 |
09 Januari 2023,Perlis-Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizzudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis kerana berkenan menerima kunjungan YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara bersama delegasi Kementerian di Program MAIPs Peduli Bil 3/2023.
Aktiviti kayuhan yang diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizzudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bersama rombongan terdiri daripada ketua-ketua
jabatan agensi kerajaan negeri telah berlangsung pada 9 Januari 2023.
DYTM Raja Muda Perlis dan rombongan telah menyantuni asnaf dan berkunjung ke Rumah-Rumah Ibadat selain meluangkan masa bersama komuniti setempat.