Tarikh Program | 09-02-2025 |
9 Februari 2025, Putrajaya - YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara menyempurnakan cabutan nombor bertuah dan menyampaikan hadiah kepada pemenang yang dipilih dalam kalangan pengunjung yang hadir ke Hari Terbuka Putrajaya 2025.
Usai penyampaian hadiah, YBrs. TKSU KPN meluangkan masa untuk mengunjungi reruai KPN dan menyantuni para petugas daripada Kementerian dan Agensi.