Tarikh Program | 03-07-2024 |
3 Julai 2024, Putrajaya - Kementerian Perpaduan Negara merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada penyanyi dan komposer muda, Zubir khan yang sudi menerima undangan kami untuk berkunjung ke Kementerian ini bagi merakamkan mesej Perpaduan.
Zubir baru-baru ini tular dengan lagu beliau yang bertajuk Yennode Macha dan mendapat sambutan yang positif daripada pelbagai pihak. Lagu yang menggunakan hampIr 100% Bahasa Tamil ini diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia melangkaui kaum, agama dan bangsa. Penerimaan masyarakat terhadap perbezaan ini membuktikan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang harmoni selaras dengan agenda perpaduan negara.
Semoga kerjaya Zubir terus berkembang maju dan menjadi contoh kepada kita semua untuk terus memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan di negara ini. Raikan perbezaan, kekalkan keharmonian.
Sama-sama kita menyemai Perpaduan dalam Kepelbagaian.