Tarikh Program | 06-11-2024 |
6 November 2024, Pahang - Kursus Pengurusan Sumber Manusia (Pemantapan Modul HRMIS) telah dilaksanakan pada 4-6 November 2024 bertempat di Swiss-Belhotel, Kuantan, Pahang.
Kursus ini telah dihadiri oleh Pentadbir Bahagian di Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan di bawah Kementerian. Objektif kursus adalah untuk memastikan empat (4) modul yang termasuk dalam kriteria KPI HRMIS 2024 dapat dicapai sebelum tarikh penilaian seperti yang telah ditetapkan.
YBrs. Puan Norihan binti Mohamed Naim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara telah hadir menyampaikan amanat dan seterusnya merasmikan majlis penutupan kursus.