Larian Perpaduan 2023, Fit Unity Night Fitness Active Street.
Maklumat Program
Tarikh Program |
31-12-2023 |
31 Disember 2023, Kuala Lumpur - YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan 'flag off' Larian Perpaduan 2023, Fit Unity Night Fitness Active Street.
Pelbagai aktiviti turut diadakan pada program tersebut seperti penyerahan replika sumbangan Tabung Kemanusian Palestin dan Tabung Bantuan Banjir selain cabutan bertuah, persembahan artis jemputan dan sesi solidariti bersama NGO terlibat.