SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Lawatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke Taska Genius Perpaduan

Lawatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke Taska Genius Perpaduan

Maklumat Program

Tarikh Program 09-06-2022
286632685 391301613034472 6489610504931701115 N

9 Jun 2022, Kuala Lumpur - Sejarah terlakar hari ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Taska Genius Perpaduan, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus’tain Billah.

Dalam lawatan ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima sembah taklimat berkenaan perjalanan operasi Taska Genius Perpaduan, Taman Sri Rampai daripada YBhg Dato’ Indera Noridah Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
 
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada taska ini.
Sesungguhnya keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan keprihatinan Tuanku dan memberi suntikan semangat serta nafas baharu dalam usaha memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak dengan pengisian yang lebih berkualiti dan berimpak tinggi.
 
Daulat Tuanku!
 
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet