Tarikh Program | 16-01-2023 |
16 Januari 2023,Melaka-YB Menteri Perpaduan Negara YB Datuk Aaron Ago Dagang telah mengadakan lawatan ke Muzium Senibina Malaysia Melaka turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), YBhg. Datuk Akramuddin Ab Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Muzium Malaysia, YBrs. Encik Mohamad Shawali Haji Badi, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), YBrs. Encik Zulkifli Hashim.
Menteri Perpaduan Negara turut menerangkan bahawa pihak Kementerian sedang giat menyelaras program-program berimpak tinggi dalam mempromosikan usaha pembangunan masyarakat MADANI seperti mana yang telah diinspirasikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.