Tarikh Program | 07-10-2024 |
07 Oktober 2024, Negeri Sembilan - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kawasan Rukun Tetangga Progresif bertempat di KRT Taman Gemencheh Baru, Tampin Negeri Sembilan.
Projek yang telah dilaksanakan adalah rendang maman ayam dan daging serta produk crispy, tanaman sayuran dan madu kelulut. Projek Kawasan Rukun Tetangga Progresif telah berjaya menunjukkan kesepakatan dan kemuafakatan dan boleh dijadikan contoh kepada KRT lain yang kurang aktif di seluruh negara.