Tarikh Program | 23-02-2025 |
23 Februari 2025, Perlis - Usai Majlis Amanat Bersama Warga Agensi Kementerian Perpaduan Negara Ybhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pusat Repositori Perpustakaan Negara Malaysia Perlis dan Muzium Kota Kayang, Perlis.
Pembinaan Pusat Repositori tersebut adalah bagi menyediakan Pusat Penyimpanan Luar Koleksi Negara (PPLKN) Zon Utara yang baharu bagi menggantikan PPLKN Zon Utara Universiti Sains Malaysia yang telah ditutup pada tahun 2016.
YBhg. Datuk Seri juga telah berkesempatan melihat status kerja di Rumah Hijau di Muzium Kota Kayang. Rumah Hijau merupakan rumah kelahiran Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang memiliki signifikan sejarah yang besar dan mampu menarik ramai pelawat.