Tarikh Program | 23-03-2025 |
23 Mac 2025, Kedah – YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan lawatan ke Tabika Perpaduan Kulim 1, Kulim, Kedah.
YBhg. Datuk turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para pelajar serta menyertai sesi perkongsian bersama guru-guru Tabika Perpaduan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian dalam memastikan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan perpaduan terus diperkasa dan diberi perhatian sewajarnya, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.