| Tarikh Program | 12-12-2025 |
12 Disember 2025, Kedah - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah turun padang meninjau status semasa kerja-kerja naik taraf Galeria Perdana Langkawi bersama pengurusan tertinggi Kementerian Perpaduan Negara.
Galeria Perdana adalah inspirasi Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Bte Mohd Ali. Ianya bertujuan menyimpan, mempamer dan berkongsi dengan orang ramai berkenaan pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-Ketua Negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.
Kementerian Perpaduan Negara terus menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya bagi memacu pelaksanaan kerja-kerja naik taraf ini demi memastikan khazanah warisan negara terus terpelihara dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.