Lawatan Kerja Menteri Perpaduan Negara Ke Kebun Komuniti KRT Taman Chepor Sentosa Dan Kebun Komuniti KRT Taman Meru Perdana Fasa 1
Maklumat Program
Tarikh Program |
13-09-2022 |
13 September 2022, Perak - Pada Pagi ini, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Kebun Komuniti KRT Taman Meru Perdana Fasa 1, Ipoh, Perak.
Menurut ahli jawatankuasa Jiran Wanita KRT tersebut, selain penanaman cili fertigasi, mereka juga mengusahakan tanaman terung, bendi dan banyak lagi jenis tanaman secara berkala. Hasilnya pula akan dijual kepada komuniti setempat dengan harga yang tidak membebankan.
Kementerian Perpaduan Negara juga telah
menyampaikan Mock Cheque Geran Kebun Komuniti KRT sebagai sokongan dalam menghargai usaha murni yang dijalankan oleh jentera KRT Taman Meru Perdana Fasa 1, Ipoh.
Geran ini adalah bagi membantu perlaksanaan program-program yang dapat mempertingkatkan hubungan antara komuniti setempat.
Selepas itu, YB Menteri Perpaduan Negara bertolak ke Kebun Komuniti KRT Taman Chepor Sentosa, Ipoh Perak. Dalam lawatan tersebut, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique juga telah menyerahkan Mock Cheque Geran Kebun Komuniti KRT atas tanda penghargaan dan
sokongan semangat untuk mereka.