SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Lawatan Kerja Rasmi ke Beijing, China

Lawatan Kerja Rasmi ke Beijing, China

Maklumat Program

Tarikh Program 04-09-2023
369802430 269849542657576 8459036050950037976 N

04 September 2023, China -YB Datuk Aaron Ago Dagang dan delegasi Kementerian Perpaduan Negara telah melawat beberapa lokasi serta turut mengadakan perbincangan dua hala kolaborasi antara Malaysia dan China.

?Beijing Publishing House
YB Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan 'soft-launch' pejabat Han Cultural Centre. Han Cultural Centre adalah organisasi yang melakukan kajian sejarah berhubung Malaysia dan China. Antara perkara yang dibincangkan adalah sokongan penyelidikan dan kajian mengenai teks Yi Jing, berasal dari China yang berkaitan dengan Lembah Bujang pada Abad ke-7. Dalam pertemuan ini, turut dibincangkan cadangan bagi mengadakan Seminar Mengenai Yi Jing di Malaysia pada tahun 2024 sempena Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia dan China.
?National Archives Administration of China (NAAC) & First Historical Archives of China (FHAC)
Di sini, telah membincangkan peluang kolaborasi sempena Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia dan China. Justeru, keupayaan dan kepakaran Negara China dalam hal ehwal pengurusan pentadbiran, konservasi serta pendigitalan dokumen-dokumen tentu sekali dapat membantu Jabatan Muzium Malaysia dan Arkib Negara Malaysia dalam memperkasakan institusi permuziuman negara bertaraf global.
?Huawei Beijing Exhibition Center
Pihak Huawei telah memberi taklimat berhubung teknologi fibre, aplikasi-aplikasi canggih, penggunaan IoT serta inovasi pendigitalan termasuk dalam bidang pameran dan konservasi, pembelajaran dan pengajaran kelas, serta pengupayaan SME melalui inovasi. Salah satu konsep yang menarik adalah "Smart Communities" yang memperkasa komuniti setempat melalui teknologi WiFi awam dan pengaplikasian IoT untuk kesejahteraan masyarakat setempat.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet