Tarikh Program | 09-02-2024 |
9 Februari 2024, Putrajaya – Lawatan Kerja YB Senator Puan Saraswathy a/p Kandasami, Timbalan Menteri di Kementerian Perpaduan Negara ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
YB Senator dan pegawai-pegawai pejabat YB Timbalan Menteri berkesempatan untuk meluangkan masa melawat dan berkongsi idea dan strategi bersama warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.