Tarikh Program | 18-01-2022 |
18 Januari 2022, Selangor - Hari ini, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique menghadiri Majlis Sambutan Thaipusam di perkarangan Kuil Sri Maha Mariamman Dhewasthanam, Batu Caves bagi memantau Prosedur Operasi Standart (SOP) perayaan.
Prosedur Operasi Standard (SOP) Sambutan Thaipusam dibuat berdasarkan cadangan pihak pengurusan kuil dan penilaian risiko kesihatan serta pencegahan penularan COVID-19 termasuk ancaman varian Omicron.