Tarikh Program | 21-10-2024 |
21 Oktober 2024, Kuala Lumpur - YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah meluangkan masa melawat Tapak Projek Menaik Taraf dan Memulihara Bangunan Galeria Sri Perdana. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan mengetahui dengan lebih lanjut kemajuan kerja fizikal yang sedang dilaksanakan di Galeria tersebut.
Galeria Perdana adalah inspirasi Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Bte Mohd Ali. Ianya bertujuan menyimpan, mempamer dan berkongsi dengan orang ramai berkenaan pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-Ketua Negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.
Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Arkib, wakil daripada Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur, wakil daripada Jabatan Warisan dan pihak kontraktor.