Tarikh Program | 22-02-2025 |
22 Februari 2025, Perlis - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Lawatan Tapak Projek Pembinaan Kompleks Perpaduan Negeri Perlis. Lawatan bertujuan bagi meninjau status terkini pelaksanaan projek di tapak.
Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, wakil-wakil daripada Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Kerja Raya.