Tarikh Program | 17-08-2024 |
17 Ogos 2024, Johor - Ybhg Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, telah mengadakan sesi lawatan turun padang ke Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Meranti, Taman Sri Pulai, Kulai.
Pertemuan bersama YBhg.Datuk Azman yang berlangsung secara ringkas dan sederhana ini padat dengan diskusi serta taklimat tentang Projek 'Zero Carbon' dan rondaan sukarela menggunakan 'E Bike' yang sedang dibangunkan oleh KRT Jalan Meranti.
Turut hadir Encik Khairulizam Bin Othman, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Puan Hajah Nurul Akmalina Binti Hj Shamsuddin, Pengarah Perpaduan Negeri Johor.