Tarikh Program | 05-11-2022 |
5 November 2022, Selangor - Pada 5 November 2022, YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique telah turun menyaksikan perlawanan akhir Futsal Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia peringkat Kebangsaan 2022 yang diadakan di Uptown Sports, Bandar Baru Bangi. Sebanyak 32 pasukan bagi Pertandingan Fustal dan Pertandingan Bola Jaring telah mempersiapkan diri untuk bersaing bagi merebut tempat ke Perlawanan Akhir Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia Tahun 2022. Tahniah kepada pasukan Kedah yang telah berjaya merangkul kejuaraan futsal bagi edisi kali ini. Manakala bagi pertandingan bola jaring pula dimenangi oleh pasukan Sabah.