Liga Sukan UNITI Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023
Maklumat Program
Tarikh Program |
02-09-2023 |
02 September 2023, Perlis -Liga Sukan UNITI Peringkat Negeri Tahun 2023 dimulai dengan negeri harum manis iaitu Perlis, Indera Kayangan. Penyertaan yang diterima daripada negeri yang berada di Utara ini sungguh rancak dan meriah! Sebanyak 11 pasukan telah berentap dalam kategori bola jaring demi menjuarai peringkat negeri ini. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Emanuel Cladius Upin, Penolong Setiausaha KPN.
Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menyatukan semua
kaum dengan semangat kesukanan. Antara syarat utama penyertaan ialah setiap pasukan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui program sukan ini, kita hendak menyeru pasukan di peringkat negeri untuk bersatu dan menyemarakkan semangat berpasukan.
Tahniah & syabas kepada pemenang dan semua yang terlibat dengan program kali ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.