Tarikh Program | 20-01-2025 |
20 Januari 2025, Putrajaya - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menghadiri Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025 bertempat di Puspanitapuri, Putrajaya dengan tema “Reformasi Itu Suatu Kemestian”. Semoga segala panduan dan amanat yang telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri KSN dapat dilaksanakan ke arah reformasi perkhidmatan awam secara amnya.
Matlamat kini tertumpu kepada kepada tiga fokus utama 2025 iaitu Memantapkan Pemboleh daya Reformasi, Memperkukuh Nilai dan Tatakelola dan Mempertingkatkan Sinergi Strategik Persekutuan-Negeri dan Antarabangsa. Turut serta dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Ketua dan Timbalan Ketua Pengarah Agensi serta barisan pengurusan Kementerian.