Tarikh Program | 12-01-2023 |
12 Januari 2023,Putrajaya-Majlis Amanat YB Menteri Perpaduan Negara itu dihadiri oleh warga Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya yang terdiri daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Yayasan Sukarelawan Siswa, Yayasan Tun Abdul Razak dan Yayasan Tunku Abdul Rahman.YB Datuk Aaron turut berharap seluruh warga Kementerian dan Agensi dapat memberikan sokongan dan komitmen terbaik dalam merealisasikan program-program yang telah dirancang bagi tahun 2023. Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) turut diadakan dalam majlis yang sama. Lafaz ikrar bebas rasuah ini telah dibaca oleh Setiausaha Bahagian Dasar dan Perhubungan Antarabangsa KPN, Encik Mohd Sobri Mat Daud dan turut disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya, YBhg. Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.