Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Peringkat Negeri Sarawak
Maklumat Program
Tarikh Program |
24-09-2022 |
24 September 2022, Sarawak - Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada kesemua 34 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 bagi Negeri Sarawak yang diraikan dalam Majlis hari ini.
Semoga pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada semua warga Kementerian Perpaduan Negara untuk terus produktif dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkesan, berkualiti dan
berintegriti
Turut hadir ialah YBhg Dato Indera Noridah Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBrs Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBhg Dato Hjh Norison Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.