Tarikh Program | 24-10-2024 |
24 Oktober 2024, Putrajaya - YB Senator Puan Sarawathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Apresiasi Cik Arulini Ashwiinaa Arumugam yang telah mewakili Malaysia dalam Pertandingan Nyanyian Saregamapa Senior Season 4 Di Chennai, India.
Majlis apresiasi ini diadakan bertujuan untuk berkongsi kisah inspirasi Cik Arulini Ashwiinaa Arumugam serta untuk meraikan pencapaian luar biasa dalam pertandingan nyanyian SAREGAMAPA Senior Season 4 di Chennai, India.
Seramai 15,000 peserta telah bersaing untuk melepasi pusingan kelayakan Pertandingan Saregamapa namun berkat usaha dan keyakinan Cik Arulini beliau berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
Menurut Arulini , kunci kejayaannya adalah ibu beliau yang sentiasa memberikan sokongan dan motivasi dalam setiap perkara yang beliau lakukan.