Tarikh Program | 05-10-2022 |
5 Oktober 2022, Kuala Lumpur - Majlis Apresiasi Kementerian Perpaduan Negara telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi menghargai segala usaha, kerja keras dan kerjasama warga kementerian dalam menjayakan inisiatif dan program anjuran Kementerian Perpaduan Negara.
Turut bersama ialah YB Dato Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara, YBhg Dato’ Indera Noridah Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBrs Dr Kang Tong Hum Timbalan Ketua Setiausaha, YBhg Dato’ Norison Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta pegawai dan anggota Kementerian dan Agensi.