Tarikh Program | 15-04-2025 |
15 April 2025, Putrajaya - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Perpaduan Negara yang dijadualkan di Blok F8, Kompleks F, Putrajaya hari ini digantikan dengan Majlis bacaan Yasin & Tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kelima.
Majlis tersebut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi dan warga Kementerian Perpaduan Negara. Majlis ini turut memberi ruang kepada seluruh warga KPN untuk mengenang jasa dan bakti seorang tokoh negarawan dan pemimpin yang berjiwa rakyat.
Al-Fatihah.