| Tarikh Program | 26-02-2026 |
26 Februari 2026, Putrajaya - Dalam suasana penuh keberkatan dan kasih sayang Ramadan,YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, telah menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa Kementerian Perpaduan Negara 2026 bersama warga kementerian dan tetamu jemputan.
Seramai 500 orang hadir memeriahkan majlis yang menjadi wadah mengeratkan silaturahim dan memperkukuh semangat kekitaan dalam keluarga besar Kementerian Perpaduan Negara. Ramadan bukan sekadar tentang berbuka bersama, tetapi tentang menyemai nilai empati, ihsan dan kebersamaan nilai yang menjadi teras kepada usaha memperkukuh perpaduan negara.
Sebagai tanda keprihatinan, Sumbangan Ihsan Ramadan telah disampaikan kepada 67 orang Penyara Tunggal Gred 1 dan 3, manakala 33 orang anak-anak yatim menerima sumbangan Santuni Kasih. Turut menerima sumbangan ialah The Pure Life Society dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukiyah.
Turut hadir YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara serta barisan Pengurusan Tertinggi kementerian.
Semoga usaha kecil ini membawa sinar kegembiraan kepada mereka yang disantuni dan terus menyuburkan nilai perpaduan, kasih sayang dan kebersamaan dalam masyarakat majmuk negara kita.