| Tarikh Program | 09-03-2026 |
9 Mac 2026, Putrajaya - YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Integriti merupakan teras utama dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap yang terbaik, telus serta berakauntabiliti. Sebagai penjawat awam, kita memikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan setiap amanah yang diberikan dilaksanakan dengan penuh kejujuran, ketelusan dan rasa tanggungjawab yang tinggi.
Setiap penjawat awam perlu sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti serta mematuhi segala undang-undang, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.